Powered By Blogger

Wednesday, April 13, 2011

Isu tentang RADIOACTIVE di Gebeng

-“Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang (rare earth) ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld, Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth? Kenapa perlu pindahkan ke Gebeng, Kuantan melepasi 2,500 km jauh jaraknya?,”
- Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka. 
- Begitupun, ada juga radioaktif yang digunakan sebagai bahan perubahan. Contohnya radium digunakan untuk merawat kanser yang pejal (radiasi radium secara kerap mampu memusnahkan tisu tumor dalam badan pesakit). Fungsi asasnya sebagai pemusnah sel digunakan untuk kebaikan dan kemajuan sejagat.

Malah, rencana keluaran Wikipedia, The Free Encyclopedia pernah mengisahkan kesengsaraan rakyat negara Jepun berdepan dengan pencemaran bahan radioaktif yang bermula pada 1950. 

Toyama, sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, di Chubu, menyimpan sejarah hitam apabila diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran kadmium dalam sistem perairan.

Kadmium yang sering digunakan sebagai bahan saduran dan bahan utama pembuatan bateri, adalah sisa sampingan toksik berpunca dari aktiviti perlombongan sebuah syarikat yang melombong perak, plumbum, zink dan kuprum untuk kegunaan industri. 

Namun, sikap tidak bertanggungjawab Kamioka Mines, syarikat yang membekalkan bahan mentah berkenaan meninggalkan kesan amat menyedihkan kepada masyarakat desa ini.

Penyakit ‘Itai-Itai’, sejenis penyakit yang menyebabkan badan pesakit menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang selain membantutkan fungsi buah pinggang sebagai penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah.
- Cuba kita lihat Jepun, sekarang masyarakat mereka menderita akibat radiasi yang tersebar. makanan dan minuman di Jepun turut di cemari dengan kesan radiasi.. adakah ini tidak mencukupi untuk membuka mata Kerajaan Pusat dan sekutu-sekutu yang mempertahan kan Projek ini. Ingat la, Program Nuklear ini mempetaruhkan NYAWA RAKYAT
Jangan lah kamu mencampakan diri kamu ke dalam kebinasaan... gunakan konsep HIJAU. kerana nak kejar kemajuan... sanggup gadai nyawa. jangan ambil risiko kalau melibatkan nyawa. Allah jadikan alam ni dah cukup cantik... nak diikutkan pengambilan minyak dari dalam tanah pun boleh mengubah ekologi... fizikal, struktur tanah dan memudahkan gempa berlaku. bayangkan berjuta-juta tong minyak dikeluarkan. ruang dalam tanah dikosongkan. akibatnya bumi menjadi longgar... sayangilah bumi kita.

Kerajaan China yang mempunyai teknologi tahap gila pun sudah stop projek nuklear mereka buat sementara waktu. Tetapi, kita masih boleh kata loji nuklear tidak berbahaya. 

Gila hebat teknologi kita? Agak-agaklah. Cermin tingkap Proton tak boleh nak settle, lagikan nak buat bendalah cenggini.
Pelik australia sendiri pun taknak buat kat tempat dia (negara dia 16 x besar dari kita) kita plak terhegeh2 nak bagi tanah untuk radioaktif tu duduk he he kelakar. Terbesar pulak tu tak salah dalam dunia ke dalam asia. Hebat2 saya setuju kata geoffrey tang siapa yang setuju tu duduklah dekat2 situ barulah betul. Saya tak nafikan pembagunan tapi tengoklah pembagunan tu dulu ini kalau sampai ada radioaktif tak perlu lah. Ke Malaysia ni dah takde pelabur nak masuk tu yang meracau tu sampai entah apa2 pelaburan dia ambik. BN BN apa yang ko nak buat kat negara ku ini.....emmm
jika jejantas boleh kepong retak, bumbung stadium boleh runtuh, mahkamah dan parlimen boleh bocor bila hujan.boleh keK'jaan jamin loji radioaktif di Gebeng tak bahaya.
Bagi jamin sgt kan kerajaan ni...ok mcm ni...keluarkan notis bertulis yang mengatakan,"jikalau berlaku ape2 yg melibatkan radioactive ini or project ni pada penduduk sekitar, kerajaan on the spot bayar RM100juta pada setiap seorg penduduk sekeliling area 2 n tanggung semua kos rawatan penduduk yg sakit akibat project ni tanpa perbicaraan di mahkamah tentang kesahihan puncanya"..ha kerajaan nak sgt bg jaminan, ade berani buat mcm ni?
Orang Malaysia bina stadium pun bleh roboh inikan loji nuklear..
1MALAYSIA...., RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN... 1MALAYSIA.... Ini salah satu apa yg kerajaan buat untuk mendahulukan rakyat.... tak kan x faham lagi.... fahami juga ayat ini sedalam-dalam nyer...Ongkili berkata langkah-langkah keselamatan akan dan sentiasa diambil untuk MERENDAHKAN lagi kemungkinan bahaya sinaran dan pencemaran dari sisa tersebut mengikut amalan konsep ALARA (As low as reasonably achieveable-Paling rendah mengikut budi bicara yang boleh dicapai). MERENDAH TU MERUJUK KEPADA APA EK? apakah itu bermakna memang risiko bahaya sinaran X tu ader kan....
selamat? apa jaminan? tahukah kalau kilang ini lepaskn sisa2nya ke sungai2>pihak berkuasa jaga kilang itu 24jam kah? pikir2kan laaa semua.
- Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, cadangan membina loji nuklear di negara ini tidak boleh diterima dengan begitu mudah, tetapi juga tidak boleh ditolak tanpa meneliti, mengkaji dan berbincang secara terperinci bagaimana negara dapat menjana tenaga elektrik tanpa sumber baru pada masa depan.

No comments:

Post a Comment