Powered By Blogger

Tuesday, March 29, 2011

percutian di melaka....

25hb aku g melaka ngn kawan2 aku..........fyza merangkap sebagai driver..huhuhuh...g ngn enna,,,iqa,,lai bby,,,,huhuhuhuhuhuh...ermm best ngat2..hhuhuhuh.....ermm banyak aw tempat menarik yang kiteorg lawati..huhuh...seperti a famosa dan macam2..huhuhuhuh...ermm bajet kiteorg g melAka sorng rm 160x7 orang...kirelah sendri..huhuhuhuhuhuh..ermm kiteorng sewa kereta naza ria..huhuhuh...seronok.........yahooo...ase cam nak g ag je..huhuhuhuh...


Wednesday, March 23, 2011

tanda cinta sejaty

Anda dapat menemukan seseorang yang benar-benar sangat cocok untuk dijadikan pasangan hidup dan bahkan memilikinya lebih dari satu dalam hidup Anda. Tetapi kemudian bagaimana Anda benar-benar mengetahuinya dengan yakin?
Berikut bantuan untuk meyakinkan keputusan hubungan Anda:

Ungkapkan keinginan dan mengapa menginginkannya?
Anda harus memiliki kejelasan tidak hanya tentang apa yang Anda ingin dari cinta, tetapi apa yang diinginkan dalam hidup dengan pasangan Anda. Segera setelah mengetahui itu, Anda akan yakin telah masuk dalam suatu hubungan dengan tujuan dan visi yang jelas seperti apa hubungan Anda dengan dia. Menentukan kriteria akan membantu terhindar dari kesulitan terlibat dengan seseorang yang tidak cocok bagi Anda.

Ukur romantisme Anda
Meskipun kedengarannya basi, buatlah daftar harapan pasangan ideal Anda. Isi dengan keinginan pasangan sempurna, istimewa tetapi realistis. Semakin banyak Anda tahu apa yang cocok bagi Anda, semakin mudah menangkap momen kapan dia bisa berjalan bersama Anda.

Cintai diri sendiri
Ada pepatah lama mengatakan: “Anda tidak akan bisa membahagiakan orang lain sampai Anda membahagiakan diri sendiri.” Hal ini tidak hanya akan membantu pada saat bertemu dengan seseorang yang baru tetapi juga membantu Anda memulai hubungan pada saat yang tepat.

Jadilah yang terbaik
Cinta bukan hanya sekedar mencari seseorang yang akan membuat Anda bahagia. Kecocokan akan menghasilkan yang terbaik- mungkin seseorang yang akan membuat Anda menjadi orang yang bahagia dan lebih produktif.

Cara terbaik untuk menemukan cinta sejati adalah pintar-pintarlah memilih seseorang dan jelas mengapa Anda memilihnya.


Tawa Bisa Bikin Jatuh Cinta

Cara Anda tertawa, bisa membuat orang lain suka dan timbul rasa cinta. Oleh sebab itu, pandai-pandailah mengatur tawa.
Begitu kata dan saran pakar relationship. Katanya, bila Anda sedang berusaha menarik perhatian lawan jenis, cobalah tertawa. Sebab, tertawa ternyata memainkan peranan penting dalam suatu hubungan.

Jo-Anne Bachorowski, asisten profesor psikologi, Maria Smoski, dan Michael J. Owren, profesor dari Universitas Cornell, menemukan bahwa manusia memiliki suara tawa yang bervariasi.

Tak hanya itu, studi yang dilakukan terhadap 120 mahasiswa Universitas Vanderbilt, diketahui, ternyata suara tawa bisa menarik perhatian orang. Bila kita bisa mengolahnya, tawa dapat menimbulkan rasa cinta.
"Tentunya, suara tawa tergantung pada jenis kelamin. Tapi daya tariknya sangat ditentukan situasi dan kondisi orang itu dan lingkungan sekitar --termasuk siapa yang diajak tertawa," jelas Bachorowski.

"Kami melihat, tertawa sangat efektif --seperti halnya tatapan mata. Dan nyatanya, tanpa disadari, banyak orang yang menggunakan trik tertawa untuk menunjukkan kondisi emosional dan cara merespons sesuatu," imbuhnya.

Bikin orang jadi naksir
Sebenarnya, tawa lebih dari sekedar bumbu pembicaraan. Kita bisa memanfaatkan tawa untuk mengontrol keadaan emosi seseorang --dan diri sendiri, tentunya. Dan nyatanya, banyak orang tertarik pada si murah senyum.

"Bila orang sudah tertarik akan kemurahan senyum Anda, maka Anda bisa membuatnya lebih tertarik --atau dibikin biasa-biasa saja, dengan mengatur nada dan intonasi tawa."

Konon, bila Anda wanita, maka cara terbaik untuk mengoyak pertahanan pria adalah dengan tertawa pada nada agak tinggi disertai gerakan tangan di sekitar dada.

Sebaliknya untuk pria. Konon, wanita lebih tertarik pada pria yang pandai menekan suara tawanya hingga terdengar lebih rendah. Dengan terdengar lebih 'beradab', pria bisa meredam pikiran negatif wanita terhadapnya

kes curi pasir diselangor tiada kesudahan....

Negeri yang paling popular ketika ini adalah negeri Selangor, hari-hari ada sahaja liputan berkenaan kes isu curi pasir di Selangor. Pengkorekkan pasir ibarat seperti melombong emas di Selangor. Masalah kecurian dan aktiviti pengkorekan pasir masih lagi gagal menemui tanda-tanda jalan penyelesaiannya. Masalahnya sampai bila isu curi pasir di Selangor ini akan berkesudahan?
Kes ini sudah lama berlaku kira-kira 6-7 tahun dahulu dan berkemungkinan besar lebih daripada itu. Kenapa saya katakan begitu, jawapannya ada dalam artikel ini……
Pernah heboh dahulu, kes curi pasir di Selangor terutamanya sekitar benteng di sepanjang Sungai Dengkil telah runtuh dek kerana hujan lebat sehingga mengakibatkan bajir di Dengkil. Masing-masing menerima musibah akibat kerakusan segelintir yang curi pasir ini. Apabila sudah parah, jambatan leburaya PLUS di Dengkil hampir-hampir runtuh kerana tiangnya berada dalam sungai Dengkil di Teras Jernang. Angkara siapa? Ya…si pencuri pasir. Sebut sahaja kerosakan alam sekitar, teringat dahulu kerosakan alam sekitar yang teruk telah berlaku di kawasan Bukit Cerakah sudah gondol sedangkan kawasan itu merupakan antara kawasan “Green Lung” untuk kawasan Lembah Klang.
Sekarang ini kalau dilihat tanah di pinggir lebuhraya persekutuan di kawasan Shah Alam sehingga ke kawasan Subang adalah digazetkan sebagai “green belt” dimana ianya tidak boleh diusahakan. Dahulu tiada atu pun stesen minyak bersebelahan dengan lebuhraya tersebut sekarang sudah banyak stesen minyak di kawasan yang dahulunya sebagai “gren-belt”. Siapla…punya kerja ini?


Curi pasir Selangor: Lo’ Lo’ malu sendiri
KUALA LUMPUR 13 Julai – Tindakan Dr. Lo’Lo’ Mohamad Ghazali (gambar) (Pas – Titiwangsa) yang cuba menyalahkan kerajaan Pusat dalam isu curi pasir di Selangor akhirnya memakan diri apabila tuduhannya itu dipatahkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas. Pada mulanya Dr. Lo’ Lo’ dilihat seperti cuba memberikan bola tanggung untuk disambut oleh Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang lain dengan mencelah bertanyakan Douglas mengenai siapa sebenarnya yang berkuasa dalam pengeluaran permit pasir.
“Saya hendak tanya siapa sebenarnya yang berkuasa mengeluarkan permit korek pasir di Selangor?,” soalnya. Ia lantas dijawab oleh Douglas: “Pihak yang berkuasa mengeluarkan permit pasir ialah kerajaan negeri manakala pengawal dan pemantaunya juga adalah kerajaan negeri, jadi dalam kes Selangor kerajaan negerilah yang bertanggungjawab.”
Lo’ Lo’ yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu sebaliknya bertanya lagi: “Penguatkuasaannya pula siapa yang berkuasa, Pasukan Gerakan Am dan polis, apa yang mereka buat?,”. Jawab Douglas: “Penguatkuasaan juga kuasa kerajaan negeri.” Lantas terus mendiamkan Lo’ Lo’. Douglas ketika itu sedang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 pada sidang Dewan Rakyat hari ini. UTUSAN MALAYSIA
Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim. Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar. MALAYSIAKINI
Ini pula kenyataan Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang merupakan bekas Menteri Besar Selangor dan ketua pembangkang di Selangor ketika ini yang mana pada tahun 2004, beliau sendiri masih tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kes curi pasir di Selangor. Semasa beliau mentadbir kerajaan selangor untuk kes pasir di sana sahaja, kerajaan Selangor telah rugi RM5 juta sebulan. Setahun? Sekitar RM60 juta.Maknanya kes ini sudah bernanah sekian lama. Bukan mudah tetapi tidak mustahil untuk menyelesaikan….
SELANGOR 24 FEBUARI 2004- Kegiatan mencuri pasir di Selangor yang membabitkan tanah kerajaan bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya ia difahamkan telah berlaku sejak sekian lama. Seperti juga masalah menangani mesin judi video haram, tonto, gengsterisme dan masalah sosial lain, kegiatan mencuri pasir kini diberi perhatian utama oleh kerajaan Selangor. Malah, usaha membanteras kegiatan mencuri pasir di Selangor dianggap sesuatu yang rumit.
Sebelum ini memang kerajaan negeri ada mengeluarkan lesen kepada pihak pengusaha yang membenarkan mereka mengeluarkan pasir di sungai-sungai di atas tanah kerajaan. Bagaimanapun, terdapat antara lesen itu disalahgunakan di mana pengusaha terbabit bertindak mengeluarkan pasir melebihi had yang dibenarkan oleh kerajaan. Dengan kata lain, jumlah pasir yang dikeluarkan tidak mengikut kebenaran dari lesen yang dikeluarkan itu. Akibatnya, berlaku kerosakan ekologi pada tanah dan alam sekitar. Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga tidak menghalang pengeluaran pasir di tanah-tanah milik persendirian. Ini kerana ia menjadi hak pihak persendirian itu untuk berbuat demikian.
Sehubungan itu, dalam menangani kegiatan mencuri pasir di tanah kerajaan ini, pelbagai usaha telah dilakukan. Namun, masalah tersebut masih juga berlaku. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa pihak terlibat langsung tidak gentar dengan penguatkuasaan yang dilakukan. Walaupun tindakan demi tindakan dan penguatkuasaan demi penguatkuasaan, namun kegiatan itu masih berterusan. Kini timbul persoalan, di mana silapnya dalam penguatkuasaan tersebut hinggakan pihak terbabit tidak gentar terhadap pihak berkuasa.
Apakah terdapat kelemahan dalam penguatkuasaan itu sendiri atau kegiatan mencuri pasir itu mendapat `sokongan’ pihak tertentu yang selama ini berada di belakang tabir. Apa pun jua persoalan yang timbul, kegiatan mencuri pasir ini diakui mendatangkan habuan yang lumayan kepada mereka yang terbabit. Pada masa yang sama, kerajaan negeri pula mengalami kerugian yang amat besar. Dianggarkan kerajaan Selangor mengalami kerugian kira-kira RM5 juta setiap bulan akibat kegiatan berkenaan.
Jika ini benar, ditambah pula kegiatan itu telah berlaku sejak bertahun-tahun lalu, maka bayangkan berapa jumlah sebenar kerugian yang dialami kerajaan Selangor hingga kini. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo ketika diminta mengulas perkara ini berkata, usaha menangani kegiatan mencuri pasir itu memerlukan kerjasama dari agensi-agensi terbabit seperti :
§  polis
§  pejabat daerah dan tanah
§  pihak berkuasa tempatan (PBT).
Namun katanya, yang lebih penting ialah kerjasama dan maklumat dari penduduk setempat melibatkan ketua kampung dan ahli-ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) sendiri. Jika tiada kerjasama dan persefahaman antara setiap agensi terbabit mahupun penduduk tempatan, maka kegiatan mencuri pasir ini pasti sukar dibanteras sepenuhnya. Akhirnya, kegiatan mencuri pasir akan tetap berlaku. Semuanya adalah kerana tiada kerjasama, sikap prihatin selain habuan yang diperoleh pihak terlibat amat besar.
Disebabkan mementingkan habuan, tidak hairanlah ada pihak yang sanggup mengetepikan soal kepentingan negeri dan masa depan rakyat keseluruhannya. Mohamad Khir pada Ogos tahun lalu pernah mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menangani kegiatan mencuri pasir di tanah kerajaan. Pasukan khas berkenaan diberi tempoh selama tiga bulan untuk membanteras kegiatan mencuri pasir antaranya di Kuala Langat, Gombak, Kuala Selangor dan Sepang.
Bagaimanapun, setelah lebih lima bulan berlalu, kegiatan mencuri pasir itu masih juga berlaku. Apabila ada operasi dijalankan, kegiatan mengeluarkan pasir melebih had itu segera berhenti, itu pun untuk seketika sebelum ia kembali semula. Kerajaan Selangor kemudian melancarkan Ops Mesin yang diketuai oleh anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Iskandar dalam membanteras kegiatan tersebut. Hasilnya banyak mesin dan jentera yang digunakan dalam kegiatan mengorek pasir dirampas dan disita.
Jumlahnya bukan sedikit, malah berjuta-juta ringgit. Bagaimanapun, kegembiraan dalam menangani kegiatan mencuri pasir dan merampas sejumlah besar mesin serta jentera itu hanya seketika. Ini kerana sebahagian besar mesin dan jentera itu akhirnya dilarikan semula oleh pihak terlibat.
Hingga kini kehilangan mesin dan jentera itu menimbulkan tanda tanya. Ke mana menghilangnya peralatan bernilai berjuta-juta ringgit itu. Kenapa masih belum ditemui. UTUSAN MALAYSIA
Kes curi pasir di bawah bidang kuasa PBT – Polis
SHAH ALAM 16 Julai 2010 – Kerajaan Selangor diminta menyerahkan siasatan kes kecurian pasir yang berlaku di negeri itu kepada penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT). Ketua Polis negeri, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ini kerana siasatan kes kecurian pasir bukan di bawah bidang kuasa polis dan perkara itu telah dipersetujui sejak sekian lama. Beliau berkata, polis hanya akan membantu sekiranya ada permintaan daripada pihak PBT, itu pun jika kes yang dilaporkan berkait dengan jenayah.
“Dalam mesyuarat yang dijalankan bersama pihak Setiausaha Kerajaan Negeri minggu lalu, juga disebut bahawa siasatan kes curi pasir adalah di bawah PBT. “Jadi kita harap kerajaan negeri faham perkara ini dan mintalah pihak PBT melakukan siasatan atau tubuhkan sendiri pasukan khas dengan kerjasama PBT kerana itu memang bidang kuasa mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kerajaan Selangor yang dilihat gagal menangani isu kecurian pasir di negeri itu kini cuba menyeret Kerajaan Pusat dalam kontroversi tersebut.
Ia terbukti apabila Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kelmarin berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta kerjasama Kerajaan Pusat membantu menyelesaikan isu tersebut. Selain Muhyiddin, Abdul Khalid memberitahu, surat berkenaan turut dikemukakan kepada Khalid, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Mengenai surat yang dikatakan telah dihantar oleh Menteri Besar kepada beliau kelmarin, Khalid berkata, surat itu baru diterimanya petang semalam. Ujar beliau, dalam surat itu yang dihantar ke pejabatnya, turut dikepilkan beberapa laporan polis yang dibuat oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Antara laporan tersebut, dakwaan kumpulan itu dihalang oleh Orang Asli untuk mengorek pasir di Olak Lempit, Kuala Langat, kecurian pasir di beberapa lokasi dan pondok di tempat korek pasir dibakar.
Turut disertakan kata beliau, satu surat yang antara lain meminta supaya kes kecurian pasir disiasat secara profesional oleh pihak berkuasa. “Itulah surat yang kononnya dihantar kepada saya, Ketua Polis Negara dan Timbalan Perdana Menteri, dan laporan polis yang banyak itu seolah-olah nak beritahu yang kita tak jalankan siasatan.
“Saya ingin maklumkan yang dalam banyak-banyak laporan itu hanya kes pondok terbakar sahaja yang polis siasat kerana ada unsur khianat. Kes-kes lain sepatutnya disiasat oleh PBT,” jelas beliau. Sehubungan itu, kata Khalid, beliau menasihatkan Menteri Besar dan kerajaan negeri segera menubuhkan pasukan penyiasat di bawah PBT agar kes curi pasir di negeri ini dapat ditangani dengan baik. UTUSAN MALAYSIA

Kenapa jadi begini? Kerajaan negeri minta bantuan kerajaan pusat, kenapa ditolak semula kepada kerajaan negeri. Ya…memang betul kerajaan negeri gagal dapat menguruskan isu curi pasir di Selangor. Tetapi jikalau kerajaan negeri sudi nak memberikan kerjasama seperti yang dilakukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengapa kerajaan puat masih lagi susah nak membuang ego untuk membantu salah satu negeri di Malaysia. Dahulu pun kerajaan negeri Selangor berkenaan isu curi pasir ini  juga pernah meminta bantuan polis, kenapa sekarang tak boleh pula? Janganlah lepas tangan, siasatan sudah dibuat oleh PBT jadi tugas polis sekarang ialah membuat tangkapan. Takkan susah sangat?
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) Rabu mempertikaikan pengurusan kerajaan negeri Selangor yang dikatakan gagal mencapai unjuran perolehan hasil royalti pasir sebanyak RM127 juta bagi 2009. BERNAMA
Nama pun pencuri. Kerajaan negeri yang lebih mengetahui pasir kena curi atau tidak mesti melakukan siasatan. Dalam pada masa yang sama polis kena bertanggungjawab sama dalam tugas dan kuasa mereka untuk menahan dan menangkap individu yang curi pasir selepas laporan siasatan dilakukan tanpa mengira kroni, pengaruh politik dan rasuah. Ini kerana kerajaan negeri pun paling kuat pun hanya boleh menyita dan merampas peralatan sahaja. Jadi apa yang penting di sini KERJASAMA. Dan masalah seperti ini tidak akan berlarutan untuk tempoh yang lama.
KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshe tidak menolak kemungkinan isu pasir yang semakin panas di Selangor sengaja dicetuskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, isu pasir dibangkitkan Anwar kerana beliau mempunyai strategi serampang dua mata, iaitu untuk mendapatkan sebanyak mungkin dana hasil jualan pasir dan menjadikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai kambing hitam.
Beliau berkata, Anwar menggunakan isu pasir itu sebagai alasan untuk menjatuhkan reputasi Khalid yang akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Menurutnya, strategi licik itu dilakukan Anwar bagi membolehkan Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali dilantik Menteri Besar. “Khalid ditekan secara halus dan dijadikan kambing hitam oleh Anwar manakala Azmin pula sudah bersedia untuk menduduki kerusi Menteri Besar,” katanya.
Beliau berkata, sebelum isu pasir meletup, Anwar sudah memalukan Khalid apabila kedudukan beliau sebagai Pengerusi PKR Selangor dilucut serta-merta untuk digantikan oleh Azmin. “Anwar sengaja membiarkan isu pasir menjadi fokus rakyat Selangor bagi membangkitkan kemarahan pengusaha pasir terhadap Khalid,” katanya.
Menurutnya, Anwar juga secara licik menggunakan isu tersebut untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kes liwat yang sedang beliau hadapi.SINAR HARIAN
Selangor makes its biggest sand theft bust
KLANG, 22 JULY 2010: Eight lorries ferrying sand stolen from private land in Hulu Semenyih were busted by police and enforcement officers in an early morning operation Wednesday.Hulu Langat district officer Zainal Abidin Aala said this was the biggest sand theft bust so far.
“Our officers, together with police officers from the Kajang district police headquarters, were waiting at the site from 3am,” he said.
The seized lorries parked at the state secretariat building in Shah Alam. He said the bust was made around 4am, after officers followed the lorries for a short distance. He added that illegal operators were being tipped off on the district office’s daytime patrols by informants and thus, the authorities changed their modus operandi. The lorries have been sent to the state secretariat building, he said. Sand theft and illegal sand mining are the Selangor state government’s biggest headache.  THE STAR

P/S : Tahniah pihak berkuasa!! Kerja akan jadi lebih mudah dan berkesan apabila ada kerjasama daripada semua pihak. Kalau asyik “tolak sana, tolak sini” sampai bila pun isu curi pasir di Selangor ini takkan berkesudahan.

dulu kini & .....................

DULU................mule2 bercinta......24jam msg,tiap2 malam call berjam2.........tiap2 hari jumper,tiap2 hari keluar makan samer,time blaja pon sanggup msg,
SEKARANG............lamer2 bercinta msg pon xsampai 24 text..tiap2 malm tggu call dari die selama berjam2.....jumper pon seminggu sekali,jumper pon seminggu sekali n ble kuar makan asyik gaduh jerkkkk.....time blaja pon konon nak fokus....ermmm.poyo je....tapi okie gak.aku pon da sem 4,....nak fokus toi2 sem nie...hhahahahahahahhaha.....

Wednesday, March 16, 2011

my love..

canon eos kiss x3

hahaha..pas lappy....camera lak..aku x jangka dapat sebijikk camera tahun nih...alhamdulillah....azam aku tahun ni untuk memiliki sebijik camera dah pon tertunai...tQ tok my parents..huhuhuh..